TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

ISU BERKAITAN TEKNOLOGI DAN INOVASI ( PENDIDIKAN)

E- LEARNING

Definasi ‘e-learning’ atau electonic learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga seringkali di salah tafsikan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Secara umumnya, ‘e-learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini.

Pengajaran boleh dijalankan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) atau‘asynchronously’ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh disampaikan melalui media ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk ‘discussion group’ serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian ‘on line’ (Learnframe, 2001)

APLIKASI ‘E-LEARNING ‘ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
MALAYSIA

Kenapa ‘ e-learning’ perlu digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia?

‘E-learning’ membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ yang dirancang, disediakan secara profesional dan baik. Mengunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai.

Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. ‘ E-learning’ yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator.

ISU DAN PEMASALAHAN DALAM PELAKSANAAN ‘E-LEARNING’

Akses / Kos Pengendalian

Akses kepada ICT merupakan masalah utama di Malaysia. 83% masyarakat di kawasan luar
bandar dan 60% di kawasan bandar mendapati akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Dari 1.5 juta rakyat Malaysia yang menggunakan internet, 50% berada di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ini mewujudkan jurang digital yang ketara di dalam masyarakat Malaysia. (Education Quarterly:35 : 2001).
Tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak mempunyai komputer (kecuali untuk urusan pentadbiran) atau kuasa elektrik memberikan cabaran yang hebat dalam perlaksanaan ‘e-learning’.


Kekurangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Melayu juga agak merisaukan. Manakala, Bahasa Inggeris digunakan hampir 80% laman web (Media Asia: 176, 1999). Namun begitu, kepesatan ledakan era digital menyebabkan banyak portal tempatan diwujudkan. Contohnya, portal pendidikan seperti Utusan dan Berita Harian, Cikgu on line, persatuan ulama on line dan lain-lain.

Kos Bahan / Infrastruktur
Ia melibatkan kos yang tinggi sama ada untuk infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian. Kos membaikpulih komputer yang rosak juga perlu dipertimbangkan. Perisian mestilah yang asli dan bukan yang dibeli di pasaran biasa atau pirate installler. Tentulah ia melibatkan kos yang tinggi kerana satu perisian adalah untuk satu komputer sahaja. Selain itu, negara kita dikejutkan tentang isu makmal-makmal komputer yang belum siap dibina atau yang siap dibina tetapi tidak selamat diduduki. Ini amat merugikan dan satu pembaziran kerana pembinaaan makmal komputer ini melibatkan tender-tender kerajaan. Selain itu, perkakasan komputer sentiasa berubah (Pentium 4) kerana tidak mungkin perisian terkini memakai Pentium 486 atau Pentium 2.

CADANGAN DAN PENYELESAIAN ‘E-LEARNING’

Beberapa cadangan dan penyelesaian yang akan diperjelaskan bagi isu dan pelaksanaan‘e-learning’ di Malaysia. Terdapat empat cadangan dan beberapa pecahan di dalamnya. Antaranya ialah:

A)Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan
Kita ketahui banyak pihak sedang berusaha untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’. Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran.

B)Screen design issues
Screen design issues perlu dipertimbangkan kerana ianya membantu meningkatkan tahap pembelajaran pelajar. (Clarke: 78, 1992) menyatakan bahawa pelajar membaca 20% hingga 30 % lebih perlahan di atas skrin daripada di atas kertas. Oleh itu, ayat mestilah ringkas dan padat (lapan hingga sepuluh perkataan) Clarke: 79, 1992) juga mencadangkan bahawa warna yang sesuai membantu di dalam mengingat dan menghafal informasi. Selain itu, (Phillip: 79, 1997) mencadangkan bahawa kebanyakan orang telah dilatih untuk membaca bermula dari sudut atas kiri dan bergerak ke sudut kanan di sebelah bawah. Maka maklumat penting mestilah ditunjukkan di bahagian atas skrin manakala maklumat kurang penting di bahagian bawah skrin.

C)Kaedah penyampaian
Kaedah penyampaian juga haruslah dirancang dengan baik supaya pedagogi yang asas tidak dilupakan. Ciri-ciri multimedia seperti audio, video, animasi, grafik dan simulasi harus digunakan dengan bijak untuk meningkatkan pembelajaran

D)Kos Bahan
Kos bahan haruslah setimpal dengan kandungan kualiti dan isi pelajarannya. CD ROM pembelajaran ‘e-learning’ yang original agak mahal dan tinggi. Contohnya ialah Praktis Jaya Smart UPSR Virtual School yang mengandungi CD ROM matapelajaran Sains, Bahasa Melayu dan Matematik yang setiap satunya berharga RM39.90. Ia hanya mampu dimiliki oleh golongan yang berkemampuan, berkomputer atau mereka yang benar-benar mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Kelebihannya ialah nota yang ringkas dan padat, beranimasi, warna yang menarik dan soalan pengukuhan beserta jawapan penyelesaian bagi setiap topik. Sekolah-sekolah mempunyai pusat sumber, jadi apa salahnya jika gunakan tabung sekolah untuk membeli CD ROM Intraktif ini dan memberi pinjaman kepada pelajar untuk dibawa balik ke rumah seperti meminjam buku.

E)Educational Learning Management System (ELMaS)
ELMaS ialah satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web untuk latihan perguruan. Guru-guru didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT.

sumber:

Jurnal.aplikasi e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia

Wahyu Binti Idris, Yahya Buntat ,Faculti pendidikan,UTM




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment